Selasa, 24 November 2009

iNgaTan fOr My SelF

1) Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

2) Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

3) Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina

4) Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya

5) Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga

6) Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir

7) Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi

8) Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan

9) Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan