Isnin, 30 November 2009

saLaH aKu kE??

aku bengang betul la..bengang sgt2..selama nie aku diam kan jer, aku ikutkan jer tp makin melampau2 lak..kes nie jd arie khamis lepas..masa tu dh dekat pukul 6 ptg..ada 1 org customer call bg tau psal tiket yg dia mintak di booking adalah pd 29.11.09 tp dlm tiket tu 29.12.09..

aku pn check la and siasat mmg betul dia mintak 29.11.09 bukan 29.12.09..tp memandangkan boss aku selalu duk sebut yg cara dia bekerja and dia buka company nie berlandaskan cara islam so dh tentu la aku pkir yg boss aku akan tanggung semua nie...dh terang2 benda nie salah company atau lebih tepat lg salah dia (dia tu boss aku) aku bukan main tuduh tp customer tue sndiri ckp dia yg buat booking nie..dia yg salah key in..tp aku cuba la ckp elok2 dgn customer cuba utk toloenrasi dgn customer..aku try utk settlekan masalah nie..anwy selama nie ada masalah pn aku gak yg settlekan..semuanya letak kat bahu aku..bukan 1st time tau aku kena marah and maki dgn customer di sebabkan kesalahan org lain..klu aku yg salah aku bole terima and perbetulkan tp bila org lain yg uat salah tp aku kena maki klu u all bole terima ke?

pada hari kejadian aku dh cuba mintak customer tanggung sebahagian dr kerugian,penat tau aku pujuk dia utk bayar separuh..walaupun kena marah and maki aku cakap gk..so bila dia setuju aku ckp dgn boss aku nak proceed tak..ialah dh salah kan kena la beli tiket baru tuk dia..dia pulak punya byak sgt cite..mcm2 dia tanya,mcm tak puas ati je sbb kena tanggung kerugian abis dh salah ko tak kan nk uat tak tau lak kan..klu salah aku mmg aku rela potong gaji aku tp terang2 salah ko ok..kata berkerja cara islam so beli je la tiket baru..tue satu hal..bila dia duk tanya mcm tak puas ati,sedangkan masa tue dh kul 6.40 ptg wei..aku ada hal and kejar masa perlu balik masa tue gk..ingt senang ke aku nak tinggalkan keja aku mcm tue je??susah ati aku tau..tp sbb keadaan yg memaksa aku blah la..tp aku blah pn keja aku tgal separuh tau tgah tgu confirmation dia je,klu dia ckp proceed so proceed je la klu dia ckp tak bole,jawap la dgn customer..aku dh tak nak kena maki lg..

masa aku on the way nak balik tu,dia call tanya napa aku blah mcm tue je..aku ckp aku ada hal..dia ckp abis kes nie sapa nak settlekan..klu ckp baik2 tak pe la gk aku bole consider la sama tp nie ckp main tengking je..siap maki2 aku lg..kurang ajar la nama nya tue..dh la nak aku uat keja lebih masa yg tak di bayar OT aku ulang sekali tak di bayar ok OT aku..kiranya keja lebih masa aku nie free la..tp bole pulak herdik2 aku..ko pikir aku patung ke??emm sbb tak tahan aku tengking la dia balik..padan muka ko..sapa suruh tak hormat perasaan org,ko ingt org bole hormat ko ke klu mcm tu gaya nya...pantang betul aku klu org mcm nie..

tp di sebabkan komitmend aku pd keja,aku naik balik ke syrkt konon nak settlekan la masalah yg dia sndiri timbulkan tu..tp aku masuk company dlm keadaan marah yg amat sgt...sgt2 marah,rasa mcm nak bakar jer company nie..but aku try jugak settlekan hal tu siap key in kan lg..and tgu..ntah tgu aper pn aku tak tau la tgu diaorg uat kputusan sbnarnya sama da nak proceed @ tdk..lebih kurang dlm setengah jam la aku tgu kat kul 7.30 mlm..tiba2 aku nmpak boss aku tu dtg office hah tau pn ko nak bertanggungjawap kan..aku nampak muka dia je aku terus blah..malas la aku nak tgok muka dia tue..so aku ajak bf aku blah..actually bf aku duk tgu aku dr kul 5.30 lg..dia nak tukar keta,keta aku antar g service so aku pakai la keta dia selama keta aku kt bengkel.keta aku arie khamis ptg tue baru siap so dia ambik keta aku antar kt aku and ambik keta dia balik sbb mlm tue dia nk balik kg..huh dia tgu dekat 2 jam mau nya tak meroyan dlm keta..last2 dia naik carik aku kt office..tgok aku mcm org gila je..terus dia tgu aku dlm office..nak protect aku la kononya..huahuahua..anwy dia la kekuatan aku skrg nie..mcm2 masalah yg menghimpit aku tp dia tak pernah putus asa dgn aku..aku tau berat ati dia nak tgalkan aku kt sini mlm tu dlm keadaan aku tak keruan tp dia dh berjanji dgn org yg nak tumpang dgn dia tu and mlm tue pn mlm raya,tak kan aku nak halang dia balik lk..

arie nie aku masuk gk keja walaupun dlm keadaan separuh hati..emm dia lak tak da..aku tak tau la dia takut or depa ader plan sendiri..maybe aku akan di buang sebab kes nie tp aku redha sbb aku dh buat yg terbaik and bukan salah aku..selama nie aku sgt komited pd keja..byak kali gk aku balik lmbt walaupun aku tidak di bayar tp aku tidak berkira sgt..sbb niat aku iklas utk membantu,ye la sesama melayu kena tolong menolongkan....klu korang tau gaji aku mesti korang sodih mendengarnya..keja yg aku uat tak setimpal dgn gaji yg aku dpt..tp aku pegang satu je tuhan itu MAHA KAYA dan PEMURAH..lgpun doa2 org yg teraniya dan yatim seperti aku nie akan di dengar oleh NYA..so aku nak risau aper kan..




Khamis, 26 November 2009

Sifat Wanita melalui 4 unsur

~ WANITA TANAH ~

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

~WANITA API~

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

~ WANITA ANGIN ~

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

~ WANITA AIR ~

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


P/S: aku dlm kategori wanita angin..ada yg betul,ada yg tidak..korang cmna lak??

Rabu, 25 November 2009

kenapa?kenapa?kenapa?

Ya Allah kenapa la engkau turun kan ujian seberat ini pada ku..aku baru nak stabilkan idup aku baru nak berasa sedikit kesenangan tetapi aku dh menghadapi sekali lg ujian maha hebat..

aku tak tau la patut atau tidak aku huraikan satu persatu cite aku kat sini tp aku perlu meluahkan aper yg terbuku di hati aku nie..nak cite pn aku tak tau nak mulakan dr mana..

aku tak berniat nak memburukkan sapa2 tp aku tak mampu nak tanggung lg semua nie..klu la da yg baca and sudi bg pendapat or kata2 semangat kat aku amat la aku hargai..

aku dh kehilangan ibu tercinta pada umo aku 17 tahun iaitu tahun 2000 beberapa bulan sblm aku SPM..kehilangan arwah memberi tamparan yg Maha hebat utk diri aku..arwah tidak terlantar sakit tp dia pergi mcm tue je dgn tiba2 di sebabkan asthma..ketika itu aku lgsg tak bole terima kenyataan..aku mempunyai 4 beradik dan aku merupakan anak yg sulong..korang bayangkan la betapa beratnya beban dan tanggungjawap yg aku pikul..adik bongsu aku masa tue baru 6 tahun..tp memandangkan ayah aku berjanji nak jaga kita org and tak kan kawin lain sampai kita org dh besar so kurang la sikit kesedihan aku ketika tu..tp aper yg aku arapkan tidak kesampaian..ayah mengabaikan janji2nya pada kami..

lepas 6 bln arwah ibu meninggal ayah membawa pulang seorg pomp indon konon nya kekasih ati nya tp tak berniat lg nak kawin..masa tue ayah aku enjoy sakan dgn uit peningalan arwah mak aku..byak gk la..dlm 80k..kita org sikit pn tak dpt aper2..dlm bulan 5 kira2 10 bulan selepas arwah ibu aku meninggal dia dh sibuk nak kawin lain..g kawin kat indon tanpa bawak kami semua seolah dia dh buang kami dr idup nya..korang bayangkan la dlm umo yg masih muda aku menjadi yatim piatu..

aku tidak menentang perkahwinan ayah aku sbb bg aku mgkin itu dh jodoh dia walaupun dia berkahwin dgn pomp yg tua 3,4 tahun dr aku and indon lak tu..korang bayangkan la..lepas kawin ayah aku berhenti keja..setahun duduk umah tidak bekerja menghabiskan uit arwah ibu aku..korang bayangkan la perasaan aku masa tue cmna..walaupun satu umah tp ayah aku bole makan main sorok2 jer,makan dlm bilik..konon tak da uit nak mkn tp bg bini mkn da lk uit sedangkan aku ngn adik2 kebulur tak makan..kotaorg nie anak dia and amanah dia..aku terluka dgn sikap dia..tp sbb kan hormat aku tak melawan,aku diam kan jer..lepas abis uit2 ibu aku dia sibuk lak carik barang kemas ibu aku..nasib baik kita org dh g sorok siap2..emmm tak psal je kena maki hamun..

klu u all nak tau pencen ibu aku pn dia bolot sorang2 tak bg kami sikit pn ketika itu so kita org g tahan pencen tu supaya di bahagikan..maunya tak mengamuk ayah aku bila dpt tau pencen dia di sekat..tp dia still gk dpt pembahagiannya selepas setahun..kononnya itu hak dia..bila aku tgok gaji dia lebih dr cukup utk sara dia and keluarga dia so aku suggestkan dia bg pencen yg tak seberapa tue kat adik aku yg bongsu dia marah aku balik katanya itu hak dia..gaji 4k tue beb,umah company tanggung,keta company bg,uit minyak,tol company support maintenance keta pun company support..tak kan tak cukup beb uit 4k tue utk 4 org,dia laki bini and and 2 org..by the way klu makan uit anak yatim tu gaji 10k pn tak kan cukup..

aku bole lg bersabar tp bila melibatkan umah satu2 pusaka yg tgal dia nak refinance kan aku tak bole berdiam diri lg..dulu dia pernah buat benda nie sekali aku nangis2 g pejabat tanah mintak di bekukan umah tu..oleh kerana pegawai tue simpati kat aku dia bekukan dgn hanya ambik RM20 je padahal wang proses dekat RM300 ketika itu..tp setelah 6 tahun and bapak aku dpt tau tanah tue dh tak di bekukan lg (sbb kaviet kena uat 6 tahun sekali) emm baru2 nie aku dpt surat dr pejabat tanah utk perbicaraan tukar nama..aku ingt dia dh insaf tp rupanya tidak gk..dia nak tukar nama and nk gk refinance kan umah tu..aku tak paham dia nak uit byak2 tue utk aper?tahun depan dia dh dpt uit KWSP dekat RM100k so dia nak uat per cagarkan umah arwah tu sampai 100k lg)

aku dengar dia sibuk nak beli kan bini dia umah baru..byak cantik nak belikan umah kat bini dia tp cagarkan umah arwah ibu tue..kenapa ayah aku sekejam nie hah??dh la adik aku yg bongsu tue dia tak pedulikkan..aku yg jaga dr kecik smpai skrg..mkn pakai aku yg tanggung..klu tanya adik aku tu nak ke duk ngn ayah aku walaupun ayah aku ajak,dia tak kan nak punya sbb dia tak biasa and bg dia ayah aku dh mcm org luar..korang bayangkan la dr umo 7 thn hingga 15 tahun tak da nak ambik kisah psal dia..

aku tau klu aku pertahankan benda nie aku pasti aku di maki hamun and maybe di sepak terangang..aku pernah kena tahun lepas di sebabkan aku pertikaikan hak wani aku di terajangnya..masa tue bapak aku tak mengaku aku anak dh..aku tak kan lupa..betapa sakitnya ati aku ketika itu walaupun teruk aku kena belasah tp tak sesakit ati aku..

pada pendapat korang bapak mcm nie patut ke di hormati??patut ke aku biakan je dia buat sesuka hati dia..patut ke aku berdiam diri??aper cara terbaik utk aku hentikan semua nie..



Selasa, 24 November 2009

iNgaTan fOr My SelF

1) Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

2) Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

3) Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina

4) Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya

5) Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga

6) Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir

7) Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi

8) Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan

9) Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya




Isnin, 23 November 2009

MUTIARA HATI

1) Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu

2) Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari

3) Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian

4) Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

5) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

6) Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

7) Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan


8) Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.


9) Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

10) Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

11) Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

12) Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

13) Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

14) Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

15) Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

16) Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya

17) Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

18) Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

19) Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

20) Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan

21) Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

22) Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

23) Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

24) Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

25) Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan


26) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.


27) Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri


28) Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti



mAkaN at KG Baru


hari sabtu arie tu family aku keluar makan sempena birthday adik aku..emm jauh gk la g makan sampai kat Kg baru tu..aku main redah je g sana sampai sesat2 (actually tak sesat pun org yg bg direction salah tp sbb aku cekap so tiba2 je sampai kg baru) sebab kita org g asing2 coz lepas tue aku da hal. harga nya bole tahan murah and makanan not bad la..sedap jugak


tom yam campur,kuah nya pekat sgt kira nie tom yam pure mcm thailand but aku tak suka la pekat2 cmni not my taste..

kailan ikan masin..sedap sgt

sup ekor..not bad

kerabu kerang..sedap sgt tp bg tekak aku la..tekak korang ngak ku tahu..


sotong masak sos

daging masak aper ntah nie tp sedap sgt..aku suka,aku suka..lembut je daging nie

udang masak pedas..tak sedap lgsng tp favourite aku ialah udang so aku balun jer la sampai licin


ikan siakap masak 3 rasa...tak sedap lgsung...kuah dh lain cair..pastu mcm masak sos jer bentuk nya..

ada lg makanan tp aku malas la nak ambik gambar..aku sibuk makan lapar gila..adik aku yg laki tue lak dtg lambat so nasib dia la..aku makan dulu..kat situ pun da jual bubur nasi..nama kedai tue JOHAN SEAFOOD dekat dgn stadium kg baru..byak lg makanan yg sedap2 kat situ..klu korang tgok mesti terliur cuma da yg sedap and ada yg tidak jer..

Sabtu, 21 November 2009

PETUA DAN TIPS MENGUATKAN HUBUNGAN

Sebagai wanita, perlu diketahui lelaki bukanlah satu kejadian yang dapat memahami diri anda dengan mudah. Jika anda tidak memberitahu dan tunjukkan padanya apabila dia melakukan sesuatu yang melukakan hati anda, kebarangkalian dia terus melakukan perkara serupa itu tinggi kerana dia tidak tahu dan tidak sedar yang dia sudah melukakan hati anda.

Ini pasti akan menambahkan lagi luka di hati kerana dia seperti hanya ‘buat bodoh’, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Mereka yang berpasangan ingin mempunyai fasa yang sentiasa ceria, kukuh, mantap, penuh dengan cinta dan romantik. Jika boleh, tiada konflik antara mereka.

Namun, ‘tradisi’ dalam perhubungan itu sendiri tidak memungkinkan ia bebas daripada berlaku perselisihan faham, bermasam muka, terasa hati dan perkara yang sewaktu dengannya. Berikut sedikit petua yang mungkin dapat dijadikan pengajaran:

# Pasangan yang cemerlang bertengkar dengan sebab. Mereka tidak bergaduh besar dan tidak terlalu mengikut emosi apabila keadaan menjadi tegang.

Pasangan yang tidak berfungsi dengan sempurna juga bertengkar atau mungkin tidak. Tetapi apa yang pasti ada pada pasangan seperti ini ialah mereka menyimpan perasaan tidak puas hati dan selalunya membenarkan perasaan itu merusuh dalam diri. Masalah utama kepada setiap pasangan ialah perasaan tidak puas hati dan geram yang tidak mampu dilepaskan.

# Apabila perasaan tidak puas hati semakin bertambah dan berkembang, ia mula memberi kesan ke atas persepsi terhadap pasangan. Trauma zaman kanak-kanak atau perhubungan lalu sering menghasilkan perasaan geram atau tidak puas hati yang ditujukan dalam sesuatu perhubungan baru.

# Perasaan tidak puas hati adalah perasaan marah atau geram yang terkumpul atau bertambah secara perlahan-lahan dalam diri seseorang akibat melakukan atau memberi sesuatu dengan berlebihan berbanding apa yang diperoleh.

Memberi dengan berlebihan daripada apa yang anda dapat semula adalah baik sekiranya ia berpada-pada. Namun, tiba satu masa, ia membuatkan seseorang itu rasa ditipu atau dipermainkan.

# Konflik sentiasa dihadapi dalam sesuatu perhubungan intim dan istimewa. Kalau anda ingin berada dalam sesuatu perhubungan dan pada masa sama, tidak mahu mengambil risiko, lupakan saja impian untuk berpasangan, apatah lagi berkahwin.

# Terbabit dalam hubungan sebagai seorang yang matang dan dewasa bermakna anda mesti berhadapan serta mengambil risiko. Ada masanya anda perlu berkata sesuatu, menunjukkan dan menegaskan sesuatu perkara serta bertanya soalan yang kelihatan seolah-olah memalukan atau melukakan pasangan anda.

# Sekiranya anda tidak mampu atau tidak boleh mengambil risiko dalam perhubungan bersama pasangan, suatu yang pasti, anda tidak mungkin jadi semakin intim dengannya.

# Menekan atau memendam perasaan marah memberi kesan ke atas bahagian yang paling penting dalam diri setiap wanita iaitu hatinya.

Ini adalah separuh daripada psikologi yang dipanggil bahagian yang mempunyai tindakan luar sedar, tugas utamanya adalah untuk melindungi dan membolehkan kita terus hidup.

# Dalam usaha untuk membuatkan diri rasa tenang, hati akan berkata, “Anda tidak perlu rasa disayangi. Percayalah, anda tidak akan terasa ‘tempang’ tanpanya.”

Hati anda perlu ‘menipu’ dan meyakinkan bahawa apa juga kehilangan yang anda rasakan tidak penting dan anda tidak perlu rasa kecewa. Ini membolehkan anda membesar dan pada masa sama, tidak sedar betapa sebenarnya anda sangat memerlukan kasih sayang dan belaian.

# Hanya untuk memberi peringatan kepada diri, keadaan ini akan meletakkan seolah-olah satu pagar kawat yang berduri di sekeliling hati anda supaya apabila ada saja harapan yang anda rasa atau letakkan ke atas seseorang, hati yang dipagari itu akan mengingatkan menaruh harapan hanya akan meluka dan mengecewakan. Apabila dikatakan pagar kawat yang berduri, ia merujuk kepada perasaan yang kuat seperti ketakutan, keraguan, kekecewaan atau kelukaan.

# Sesuatu dalam diri anda mula berkata, “Tidak, sebenarnya aku inginkan satu perhubungan di mana aku disayangi, dibelai dan dimanja”. Jadi anda mula membenarkan orang lain mendekati diri anda dengan bertemu janji, berkenalan, bercinta, berpasangan ataupun berkahwin, pada peringkat awal hampir segalanya sangat indah.

# Namun perasaan yang indah ini mula membawa kembali kenangan dilukai dan kekecewaan yang sudah anda lalui iaitu kenangan ketika kecil dulu apabila anda mula menaruh harapan hanya untuk dilukai kemudiannya. Jadi pagar kawat yang berduri ini mula menjelma dan menaikkan dirinya di sekeliling hati anda dan tanpa sebab jelas, anda mula mensabotaj perhubungan anda sendiri. Pada masa sama, pasangan anda terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apa salah dirinya?

# Hati akan merasakan yang anda berkemungkinan akan terluka sekali lagi. Walaupun anda bukan lagi kanak-kanak, perhubungan membuatkan anda ‘terdedah’ seperti kita semua masih pada zaman kanak-kanak. Sebab itu, apabila terluka atau terasa hati, kita selalu bertindak primitif dan segalanya dirasakan bersifat peribadi. Ini sebabnya kebanyakan lelaki dilihat sukar untuk memberi komitmen dan kebanyakan wanita sukar untuk membenarkan seseorang mendekatinya atau mempunyai sebuah perhubungan yang berkekalan.



HAPPY BIRTHDAY TO MY s!S

arie nie 21.11.2009 hari ulang tahun adik aku NURHAZWANI BT ROSLAN yg ke 15 tahun

susah wei nak jaga budak nie..degil bukan main lg..aku arap PMR nie dia bole score 8A la..coz aku nak sgt dia masuk MRSM..inshallah

arap2 dia tak terjebak dgn benda yg kurang sihat la..lgpn aku tau dia very well..aku yg jaga dia dr kecik..

nanti g melaka bulan depan, wani belanja la erk..along tak da uit la..huhuhuhuhuh..aku pandai booking jer


Jumaat, 20 November 2009

PUTUS CINTA??

Terfikir untuk menamatkan hubungan yang sudah ‘tidak bermakna’ gara-gara si dia tidak pernah memberi kata putus perhubungan yang sudah sekian lama terjalin?

Bukan tidak sayang atau cinta yang pernah membara, namun ia bagaikan bersulam dengan perasaan benci dengan keangkuhan dan kedangkalan.

Mengucapkan perasaan selamat tinggal bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga sukar untuk melupakan dirinya yang sudah sekian lama dikenali ragam dan cemburunya.

Berpegang kepada kata-kata mungkin dia bukan jodoh terbaik, anda memikirkan untuk menamatkan saja riwayat cinta itu lalu satu keputusan nekad diambil.

Sama ada keputusan untuk berpisah itu wajar atau sebaliknya, petua berikut mungkin boleh membantu jika anda sedang berkira-kira tujuan anda mesti memutuskan cinta:

# Adakah sebab tetap atau sebab berubah? Sebab tetap antaranya adalah berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakuan, pendidikan dan kerjaya.

Anda mesti memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda belum begitu yakin, biarlah cinta itu diteruskan dulu.

# Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak, barulah buat keputusan mengenai cinta anda itu. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa yang berlaku.

Anda akan mengecewakan diri anda dan orang lain jika anda gagal berpegang dengan keputusan cinta anda.

# Fikirkan strategi untuk menamatkan riwayat cinta. Anda boleh membuat cinta si dia terhadap anda pudar dengan menonjolkan kekurangan diri dan perkara yang tidak digemarinya.

Kebiasaannya apabila anda sudah tiada rasa cinta, sifat ini akan muncul sendiri tetapi jangan sampai menyakiti si dia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan kata putus.

# Biarlah dia dulu mengucapkannya kecuali apabila tiada cara lain, berterus teranglah. Putus cinta cara ini tinggi risikonya.

Anda tidak boleh fikirkan diri anda saja tetapi perasaan cintanya perlu juga difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat selamat dan emosi si dia paling baik untuk mendengar kata putus cinta anda.

# Jangan sembarangan putus cinta kerana ini boleh menyebabkan putus nafas. Si dia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri, begitu juga anda. Elakkan risiko putus cinta begini.

Selepas putus cinta secara rasmi atau tidak rasmi, jangan jadikan sesiapa terutama kekasih lama anda musuh. Jadikan si dia sebagai sahabat setia pula. Musuh walaupun satu amat bahaya. Tetapi sahabat setia walau tiada cinta, tidak akan membiarkan anda menderita.

# Sekiranya dicintai seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan jangan melukakan.

# Bagaimana anda mengurus cinta, begitulah anda mengurus diri anda. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan serta kebahagiaan yang serupa sekalipun cara mengendalikannya berbeza.

# Sekiranya anda bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri anda dan tiba-tiba, cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakan cinta itu pergi.

Ini kerana, setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.

# Jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati.

Nikmatinya, sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia dan bebaskan ia.

# Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Tidak semua cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan tetapi percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperoleh.

Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya kewujudannya. Jangan pula terlalu menghambakan diri kepada cinta.

# Cinta bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan yang dicipta untuk mencari seorang lagi.

# Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.

Pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang, unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.

# Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu pasangan yang sehati sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka yang sering disebut cinta pandang pertama.

Mereka yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.

# Jangan terlalu terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi.

Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di tepi jalan, pasar malam mahupun akibat sesuatu perlanggaran atau kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak sengaja.

# Jangan sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita.

Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur tangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.

# Sebenarnya, konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama adalah pencarian yang membawa maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan cinta yang buta seperti cinta pandang pertama.

Melalui kaedah ‘cuba jaya’, mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, akhirnya akan bertemu dengan cinta sejati.

# Sekiranya semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.

Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana putus cinta.

# Untuk mereka yang pernah putus cinta, anggaplah peristiwa itu sebagai peristiwa biasa. Bercintalah lagi dan lagi, teruskan mencari sehingga menemui cinta sejati seperti kisah Laila Majnun - mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan secara pakej.



Rabu, 18 November 2009

JANGAN BERSEDIH


aku rasa ramai yg dh pernah tgok or baca buku nie..aku dh lama baca buku nie..bila aku sedih jer aku akan bukak buku ni..dlm buku nie tak da la cara2 nak selesaikan masalah..korang nie pun..tp buku nie membantu aku menenangkan jiwa..bila ati kita tenang kita akan berfikir dgn rasional dan boleh buat keputusan mana yg baik dan mana yg buruk..

kita manusia selalu lupa so buku2 nie akan menyedar dan mengingatkan kita aper yg kita dh lupa..kepada sesiapa yg selalu bersedih atau berduka tue aku syorkan korang baca buku nie..ia dpt menguatkan hati korang dlm menempuhi idup yg penuh cabaran nie..aku dah cuba and aku tau ia berkesan..

ada jugak kata2 dlm buku nie kita bole gunakan utk kawan2 kita yg ada dlm masalah..kadang2 kita nak jadi pendengar yg baik tp kita tak tau nak bg nasihat mcm mana..tgok org bersedih,menangis teresak2 kita jd kelu utk berkata2..so hadiahkan la dia buku nie..sekurang2 nya ia dpt menenangkan jiwa kawan kita tu..dr bia dia terus tertekan..

apabila kita dlm keadaan berduka atau bersedih..hanya diri kita yg mampu mengawalnya supaya kita tidak jadi gila org sakit jiwa..org lain tidak berada dlm tmpt kita so mrk tidak tau keadaan kita,kadang2 aper yg kita cite kan pd kwn baik kita tidak semuanya,ada jugak yg kita simpan sbb terlalu peribadi..oleh itu utk mengelakkan jiwa kita dr parah,kita perlu ambik inisetif sendiri..mcm2 cara bole di gunakan..ada yg suka melancong,lepak dgn kawan or membaca..asalkan ia positif tidak mengapa tp yg aku risaukan ada yg ambik tindakan negatif..spt merempit,hisap dadah dan lebih teruk melukakan diri sndiri or bunuh diri..

bila emosi kita mengawal,kita tidak akan sedar apa yg kita lakukan..kadang2 blaja tgi2 pn tak berguna pd ketika ini..di sebabkan rasa sedih kita akan sanggup melukakan diri sendiri..aku pernah nampak and dengar sendiri benda nie..sbb nak ilangkan rasa sakit di hati itu,ada yg snggup toreh tgan supaya sakit itu berpindah..bia la sekejap pun tak pe asalkan sakit di hati itu dpt di legakan..nie akan berlaku apabila emosi telah di kuasai akal fikiran..

selain dr kembali kepadaNYA..membaca adalah salah satu cara utk menyedarkan kita dan membantu kita menangani masalah emosi ini..di dlm keadaan sedih kita akan terlupa byak pekara oleh itu ada baiknya kita istiqfar,ambik air sembahyang dan mula la membaca buku2 yg memberi kita berpikir ke arah positif


Selasa, 17 November 2009

PETUA UNTUK MOTIVASI DIRI

Pernahkah anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat?

Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru.

Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda.

Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?

Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

# Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

# Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

# Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.

# Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

# Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.

Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.

Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya.

Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.

2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.

Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.

Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.

3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.

Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.

Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.



NASI STD!!

ayam goreng..dah nak abis sebab sedap sgt


nasi putih dgn kuah..aku pn tak sure kuah per dia cmpur cuma yg pastu semua kuah kari..

korang pernah dengar tak nasi STD?emm aku baru first time dengar and aku dh rasa dh nasi tue bole tahan gak la rasa nya..nasi tue nasi putih biasa dgn ayam goreng tp ayam goreng tue lembut and garing..bg tekak aku sedap la..

arie ahad (15.11.09)..aku kuar dgn adk2 sedara aku g beli barng dekat selayang mall balik tue aku teringin lak nak mkn nasik STD tue so singgah jap makan..wal hal sebelum tue dh taram mcD..tp aku tak mkn sgt mcD nie tak berapa minat la..takat fries and nuggets tu okay la tp burger mmg aku tak bole mkn lgsg..rasa nak termuntah jer..tue yg balik aku angkut depa g makan nasi STD nie..klu u all budak selayang and duk area desa bakti or seri murni confirm tau nasi STD nie..


Isnin, 16 November 2009

aku tension la..

hye blog aku sedih la hari nie..sedih + terasa hati..berkenaan keja pn ada,pesonal pn ada..bercampur aduk menjadi satu..aku arap dengan meluahkan kepada blog hati aku akan lebih tenang..tenang ke aku?

ntah la..aku dh uat sebaik mgkin and sedaya yg ada tp still jugak aku tidak di hargai..aku dah cuba yg terbaik..s.u.m.p.a.h aku dh cuba tp..

aku tension sgt bila aku di push uat sesuatu tanpa ada pihak yg mengerti..bukan aku tak bole buat keja under preasure aku pernah jugak alami situasi begini dulu tp aku pun manusia biasa jugak yg perlu di mengertikan hati nya..yg nie nak kena cepat yg itu nak kena betul..adakah aku dianggap seperti computer?semua in put bole masuk dlm kepala nie..computer pun ader masanya akan 'jem' jugak klu di paksa inikan aku seorg manusia biasa..

aku dikatakan memperbesarkan benda kecik maybe kecik pada dia tp tidak pada aku..dah berkali2 aku nyatakan aku nak mcm nie not mcm tu..permintaan aku tue pun bukan la berat sgt pn..dia pn ckp tak susah tp kenapa still ulang benda yg sama..dia mintak aku paham dia tp tidak cukup ke selama nie aku paham dia?jika benda yg sama di lakukan berkali2 walaupun hal tersebut kecik patut ke aku biakan sahaja?aku ada ati and perasaan yg perlu di hormati..

aper yg patut aku lakukan wahai blog..aku nak lari dr semua nie..just utk tenangkan ati aku and pikiran aku..aku terlalu kecewa sehingga tidak mampu utk berbuat aper2 hanya doa yg mampu aku lakukan setakat nie..

pls: aku campur semua perasaan aku,semua kesedihan aku dlm satu entry..jgn judge aper2 maybe aper yg u all pikirkan tak mengambarkan aper yg aku alami..


Majlis Cukur Cambul-Batrisya Aneesa

Batrisya Aneesa bt Muhammad Akmal (betul ke aku eja nie?) telah di lahirkan pada bulan oktober 2009 tp aku lupa la berapa hari bulan..aku nie mmg mudah lupa klu main dgn no nie..
gambar kat atas nie dlm 2,3 arie selepas tisya di lahirkan..

pada hari sbtu lepas (14.11.09) majlis cukur jambul telah di adakan utk batrisya pada sebelah petang lebih kurang pukul 5 ptg pd sebelah mlm pulak telah diadakan majlis tahlil utk arwah..kebetulan pd hari tue aku demam pulak..tak byak yg dpt aku bantu..aku cuma tbaring jer..
emm batrisya nangis pulak bila dh byak sgt tgan usik dia..mgkin rimas kot

baru aku tau..rupanya kelapa tue utk letak rambut yg telah di potong lepas tu kelapa tersebut kena tanam..dlm kelapa tue ada air kelapa lg..aku duk ingt air kelapa tue utk letak kat mulut baby..rupanya tidak..mengikut maklumat yg aku terima la..rmbut bayi kena cukur habis sbb tak elok bia rambut bayi yg asal dr dlm kandungan tue..katanya kotor..org kata la ya..may be lepas nie batrisya akan di botakkan..

antara souvenir utk majlis cukur jambul..ada bunga telor,pulut kuning and dodol..

yg nie bunga telor utk majlis tahlil

aku doakan semoga batrisya akn menjadi seorg anak yg berguna dan membahgiakan ibu bapa nya serta menjadi seorang manusia yg baik utk negara dan bangsa..tahniah kepada kedua ibu bapa yg NAS RAIHANA MUHD NASIR & MOHD AKMAL..



Khamis, 12 November 2009

ANUGERAH DARI KEGAGALAN


Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho..

mesti korang familiar dengan lagu nie kan..lagu yang di popularkan oleh Dato’Shakes nie memberi erti yang amat mendalam pada kehidupan aku..

lirik lagu nie mengambarkan bahawa di sebalik kepahitan dan penderitaan yang di hadapi tersembunyi satu kesedaran dan keinsafan..dari situ aku belajar erti hidup..dimana kegagalan adalah pelajaran terbaik untuk aku mengharunggi masa depan..tanpa nya kita tak kan pernah sedar akan kejahilan kita selama nie..

setiap sesuatu yg berlaku pada kita tersembunyi satu hikmah yang kita tak nampak dan ketahui sehingga kita bersabar menghadapinya dan akhirnya dengan sendiri hikmah yg tersembunyi itu akan kita sedari..

kegagalan bukan lah menjurus kita kepada kehancuran tetapi adalah hikmah yg mungkin membawa kita kepada kejayaan yang lebih besar..dari situ kita akan belajar mengenal diri dan siapa kita sebenarnya di sisi DIA MAHA PENCIPTA..

aku akan cuba belajar bersabar dalam menerima semua kegagalan ini walaupun aku tau amat sukar tapi aku akan cuba mempositifkan diri aku supaya aku tidak hancur dan musnah pada masa depan..tiada siapa yang dapat mengubah diri kita melainkan kita sendiri yg berusaha untuk berubah.

Rabu, 11 November 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT HARIBULAN

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.



Selasa, 10 November 2009

RENUNGAN BERSAMA

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada

ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan… satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan..dengan hati yang berat…kotak itu bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya… .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak..ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah x mampu utk membelikannya..sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanya..keras…al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa’at utk si ayah bersuara…pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan
banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah
yg dimilikinya. …

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat…cukup
membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh… Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2 sendiri… telefonnya berdering… dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisanharta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya… hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya…Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ… bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini… perlahan2 langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu… segugus kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu…

Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya. ..Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selamaini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. …air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .

Namun semuanya sudah terlambat..Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Renung2 bersama..



Isnin, 9 November 2009

INGIN MENGETAHUI TENTANG WANITA??

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak

menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Negeri Sembilan Menang Piala Malaysia

aku nak cite berkenaan bola sepak yg berlangsung arie sbtu lepas di mana Kelantan lwn N.Sembilan..semua sedia maklum yg N.Sembilan telah menjuarai piala malaysia tetapi yg aku kesalkan sgt tindakkan penyokong kelantan yg telah mencemari pelawanan tersebut dgn membakar harta awam..sepatutnya penyokong2 tersebut perlu lebih rasional dan aku pelik la kenapa kebanykkan penyokong kelantan yg akan bertindak seperti itu?adakah mereka jenis yg sukar menerima kekalahan??tidak aku nafikan la ada jugak penyokong dr negeri lain yg pernah betindak demikian tetapi yg aku nampak and baca kebanyyakkan dr penyokong sebelah pantai timur..setahu aku uat masa nie tiada perlawanan yg besar akan di lakukan di kelantan di sebabkan kisah penyokong meraka membakar kereta polis dulu..

sepatutnya mereka kena terima adat pertanding kalah menang tue benda biasa..mgkin mlm tue nasib tidak menyebelahi kelantan..tetapi penyokong kelantan seolah anggap tiada lg peluang kedua utk masa depan..berterima kasih la kepada pemain Kelantan sebab dpt ke separuh akhir and bukan senang nak capai ke tahap itu..mcm2 pemain dh korban utk sampai ke tahap itu,mereka dh mencuba tetapi itu dh takdir mereka utk kalah patutkah mereka di hukum?

tindakan anda membakar kerusi itu akan mengubah keputusan ke?klu la mlm tue kelantan menang adakah excident membakar itu akan di lakukan oleh penyokong N.Sembilan?u all rasa kenapa ya penyokong kelantan suka membakar benda bila pasukan mereka kalah??pada sapa mereka nak tujukan amarah mereka itu sebenarnya..

aku arap excident sebegini tidak berlaku lagi tmbah lg melibatkan negeri yg di gelarkan serambi mekah..tahniah kepada pemain N.Sembilan di atas kemenangan anda..walaupun di kelilinggi org ribuan penyokong kelantan anda berjaya mengatasi emosi anda dgn semangat yg tinggi..utk pemain Kelantan anda tidak kalah tetapi anda dh menang kerana dpt memasuki pertandingan akhir..walaupun penyokong anda tidak menghargai anda tetapi ada penyokong dr negeri lain menghormati kesungguhan anda..


TUGU NEGARA..

tugu peringatan negara

smlm arie ahad(8.11.09) aku di bawa pusing2 KL..banyak gk tmpat yg aku tak pernah g kat arae KL nie mcm memorial Tunku Abd Rahman,Muzium Islam..semua nie kat area tasik perdana..aku selalu lalu sana tp tak pernah perasan kewujudan tmpt2 nie..masa tgah pusing2 tue da la lalu kat tugu peringatan negara..last aku masuk tgu tue masa kecik2 dulu dlm umo 8 thun tak silap aku..dh berbelas tahun dh aku tak g sana..tp masa kat sana aku tak masuk pun just tinjau dr luar je..

anyw tersentuh gk ati aku bila tgok tgu tu..mcm da satu semangat lak kat situ..aku nie jarang touching tau tp bila kat situ rasa lain je..rasa sedih + bangga..bangga kerana menjadi rakyat Malaysia and sedih sebab bayak benda yg org2 dulu korbankan utk mencapai kemerdekaan..oleh krn pengorbanan yg mereka lakukan lah aku generasi skrg dpt mengecapi kemerdekaan..

terlalu besar pergorbanan mereka dan kita patut menghargai dgn mempertahankan tanah air kita ini..tetapi aku tgok generasi skrg nie lebih suka bertindak secara kekasaran..buat rusuhan la,musnahkan harta benda awam..tidak puas ati pd sesuatu panggil kawan2 berhimpun ramai2 tunjuk perasaan..buat perhimpunan utk membatah bagus tetapi perlu ke smpai mengangu org awam yg lain??





PETUA MOTIVASI DIRI

Pernahkah anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat?

Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru.

Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda.

Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?

Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

# Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

# Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

# Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.

# Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

# Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.

Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.

Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya.

Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.

2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.

Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.

Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.

3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.

Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.

Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.



Sabtu, 7 November 2009

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



50 TIPS CARA UNTUK MEMIKAT LELAKI

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


Jumaat, 6 November 2009

ADA SAPA2 NAK IKUT G KUCHING??

aku plan nak gie kuching 11.12.09-13.12.09 ngn adik aku utk 3 hari tp aku rasa cm tak best jer g berdua....huhuhuhu...ada sapa2 nak ikut tak??harga flight tgah murah skrg nie utk MAS RM260/pax pergi balik..sapa2 berminat bole la email aku..harga ground nanti aku bg tau lain...yg penting tiket kena beli dulu sebelum harga naik...




Khamis, 5 November 2009

MOTIVASI DI WAKTU PAGI

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.

Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.

Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!