Isnin, 12 Oktober 2009

MENGAPA KITA MENGHADAPI MASALAH?

huhu..muka bermasalah

saya amat tertarik bila membaca ulasan yg di buat oleh DR Rozieta Shaari dlm mingguan wanita bil 1341..dibawah adalah di antara ulasan beliau

‘Mengapa kita menghadapi masalah?’ adakah itu semua adalah masalah atau sebenarnya adakah itu satu anugerah?

Mengapa hidup ini perlu melalui ranjau, mengapa tidak hidup ini senang dan tiada cabaran maha hebat?walau apa pun keadaannya kita hendaklah memahami bahawa Allah maha adil.

Dia tidak akan membebankan kita dgn beban yg di luar kemampuan kita. Allah yg Maha Mengetahui dan Dia tahu di mana dan bagaimana pentarbiahan hati yg perlu diberi kpd kita agak akn berlakunya pertumbuhan spiritual pd diri kita. Pertumbuhan Spiritual inilah yg akan merapatkan kita dgn Allah.

Apabila hati kita dilapah, maka berderailah ego yg menyekat kita daripada mengenali siapa kita sebenarnya dan apa tujuan kita datang ke dunia ini. Kesakitan dan musibah berupaya memberi kita kesedaran untuk menjadi insan yg rendah diri tawaduk.

Timbulnya tawaduk di dlm hati yg datang daripada perasaan insaf dan sedar. Seseorg itu terpaksa pasrah kpd apa yg datang. Tanggan yg selama ini tidak menadah ke langit, mengharap pertolongan Allah, akhirnya tidak henti-henti menadah, mengharapkan bantuan.

Keinsafan dan kesedaran bahawa hidup ini sebenarnya ada yg lebih berkuasa daripada satu sangkaan bahawa diri sendirilah punca segala kejayaan. Keinsafan ini perlu utk menjadikan hati itu bersedia menerima rahmat Allah yg lebih besar.

Pernahkah wujud seseorg hamba Allah yg tidak pernah dirundung masalah? Dari Nabi Adam A.S hingga skrg, setiap manusia yg wujud di muka bumi ini memangnya akan melalui masalah.

Cuma kadar dan jenisnya sahaja yg berbeza. Namun apa yg saya boleh jamin ialah semua org mesti melalui masalah sehinggalah nafas terakhir. Kemudian kita hadapi masalah lain pula. Namun kali ini kita tiada pilihan.

Ada juga manusia yg apabila ditimpa kesakitan dan musibah, mereka menjadi lebih keras hati dan angkuh terhadap Allah. Mereka menyalahkan Tuhan dan mengecapNya sbg zalim. tentunya Dia tidak akan membantu mereka.

Namun apa yg boleh sy katakan disini ialah Allah amat mengasihi hanba-Nya dan ini terbukti krn apabila kita jauh drpaNya disebabkan kealpaan, maka Allah akan menepuk bahu kita dan memberi kpd kita sedikit peringatan.

Bila peringatan itu tidak diendahkan, maka is akan menepuk sekali lagi. kali ini lebih kuat lg. agar kita akan tersedar. Namun, jika tepukan itu pun masih tidak kita sedari maka Allah akan mendatangkan sesuatu yg lebih hebat akan kali ini kita akan tersentak dan terbangun drpd mimpi hidup yg melalaikan.

Tatkala pekara ini berlaku, maka kita akan mencari sesuatu yg pasti yg boleh menolong kita. Di kala itu kita dapat merasakan tiada lain yg dpt membantu kita melainkan Pencipta kita. Kita menadah tangan dan pasrah memohon utk dikeluarkan drpd kecelakaan yg menimpa kita.

Apabila seorg itu ditimpa musibah, dia akan berasa tidak percaya. Dia akan menolak kebenaran pekara itu terjadi kepadanya. namun setelah beberapa ‘ketika’ dia mula berasa sedih,marah,geram,benci malah pelbagai perasaan. Bagi sesetangah org ‘ketika’ itu hanyalah beberapa saat namun ada juga yg beberapa tahun.

Semasa pelbagai perasaan itu di rasai, seseorg akan bersedih. Di kala ini keinsafan akan timbul. Apabila keinsafan itu timbul maka ‘healing’ akan berlaku. Jiwa akan menjadi lembut dan jatuhlah bintik2 hitam yg telah tumbuh di hati akibat dosa dan keangkuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan