Khamis, 29 Oktober 2009

POLITIK?

aku sebenarnya tak suka sentuh isu politik nie takut kena band pulak nanti or ada yg tak puas ati atas isu yg aku ckp kan tp sbg rakyat malaysia aku ada hak bersuara bukan ke kita mengamalkan prinsip demokrasi..

politik bukan la bidang aku malah klu bole aku nak mengelakkan diri dr arena politik sbb aku tak serasi dlm situasi tersebut dan aku tak suka..dulu aku pernah belajar la serba sedikit pasal politik and aku mmg tak berapa minat utk mengikuti cara tersebut..aku tidak sokong mana2 pihak baik kerajaan mau pun pembangkang..aku sbg rakyat malaysia hanya menilai dr segi kemampuan dan kebolehan seseorg individu itu melakukan kerja melalui dr amatan aku dan aper yg aku nampak dr sekeliling aku bukan dr kata2 org or hasutan seseorg..

sejak akhir2 nie aku dh kurang tgak berita sbb tak abis pasal politik bukan aku tak nak ikut berkembangan tp byak sgt komen2 and cakap2 la..org nie hentam dia,org tue hentam org nie..tp smlm aku da tgk berita berkenaan dgn persidangan di perak..sbg rakyat malaysia aku rasa kecewa tgok wakil kita jadi mcm tu..buat dewan persidangan mcm pasar,perbodohkan diri sendiri dan memalukan diri sendiri je..kenapa ya sampai mcm tue sekali kewarasan pikiran mereka?kenapa mereka tidak duduk pikir kan strategi yg lebih baik dr buat hal yg memalukan cmtu?why not mereka uat plan utk pilihan raya akan dtg agar mereka boleh menang lebih besar dr sebelum ni dr mereka buat kesoh kat dewan tu and tak dapat aper2 hasilnya..

walaupun aku bukan warga perak tp aku malu gk la sbg rakyat malaysia tgok wakil rakyat jadi mcm tue..bg aku,aku memilih wakil2 rakyat nie berdasarkan suara mereka,pendapat mereka mengenai sesuatu isu yg di bangkitkan supaya sesuatu keputusan itu bukan sebulat suara tetapi bia la sesuatu keputusan yg di gubalkan itu di pikir sedalam2 nya.iyer la klu dh org2 dia jer dlm tu dh tentu aper pn kptusannya kroni2 nya akan turut perintah tp klu da pembangkang dh tentu la pembangkang akan sedaya upaya mencari kekurang isu yg berbangkit itu and mempertahankan hujah2nya.bila hujah2 yg bernas dh di keluarkan oleh pembangkang tentu mereka2 ini akan memikirkan sedalamnya sesuatu undang2 yg di gubal itu..

sepatutnya kita kena hormat pd pemimpin yg ada skrg nie..bia mereka lakukan tugas mereka dulu sebelum kita mempertikaikan nya..kadang2 aku tgok stesen tv nie pun mcm berat sebelah gk so aku malas nak tgok bab2 politik nie..walaupun aku tak berapa ikuti sgt tp aku tau aper yg berlaku..dulu kita semua satu hati tp skrg ada pulak puak2 tersendiri..

sedih aku tgok masyarakat kita jadi mcm nie..jgn smpai satu arie nanti negara kita jd mcm negara jiran..tak satu hati akhirnya negara bergolak,rakyat berpecah,ekonomi meruntum dan akhirnya perang yg berlaku..itu ke yg kita sebenarnya nak lihat??byak dh negara contoh yg kita bole lihat apabila politik tidak stabil..aku tak nak idup dlm peperangan..korang nak ke??


Rabu, 28 Oktober 2009

DICELAH KEPAYAHAN

Tiga orang pemuda bersedia untuk memetik mangga di sebuah kebun. Pemilik kebun tersebut tiba bersama peralatan. Dia meminjamkan sebuah galah yang panjang kepada pemuda pertama. Di hujung galah terdapat satu linkaran bulat yang diikat bersamanya jaring membentuk serkup. Untuk dua lagi pemuda yang sedang menantikan peralatan mereka, dipinjamkannya kayu yang tidaklah panjang mana namun turut mempunyai serkup di hujungnya. Pemilik kebun itu menyatakan dia akan memberi upah setimpal dengan hasil pungutan mangga yang diperolehi.

Pemuda pertama memulakan kerja. Dengan mudah dia menyerkup buah-buah mangga yang bergantungan di pokok-pokok. Pemuda kedua terpaksa memanjat sedikit bagi membolehkannya memetik kerana ‘galah pendek’ yang diberikan pemilik kebun tadi menyukarkannya untuk memetik mangga semudah pemuda pertama. Pemuda ketiga turut mencuba, dia terasa susah. Pemuda ketiga memandang betapa mudahnya pemuda pertama memetik buah-buah mangga tersebut.

Pemuda ketiga itu tidak berpuas hati dan memaki pemilik kebun yang padanya sengaja mahu menyusahkannya. Dia membuang galah kontotnya dan berlalu pergi sambil merungut. Dia persoalkan betapa tidak adilnya pemilik kebun tadi kerana sudah tentulah pemuda pertama dapat mengaut upah lebih banyak tanpa perlu bersusah payah. Dia rasa dizalimi.

Setelah selesai memungut semua mangga-mangga maka pemuda pertama dan kedua tadi pun kembali bertemu pemiliknya dengan hasil pungutan. Pemuda pertama memperoleh lima bakul mangga. Pemuda kedua sekadar memperoleh tiga bakul.

Pemilik kebun memberikan pemuda pertama upahnya. Dia kemudian menghulurkan pemuda kedua upahnya. Pemuda kedua terkejut melihat upahnya sama dengan pemuda pertama sekalipun jumlah pungutan berlainan. Rupanya pemilik kebun yang sangat pengasih dan pemurah itu memberi pemuda kedua lebih sedikit upah kerana mengambil kira kesusahan tambahan yang dirasai pemuda kedua berbanding pemuda pertama.

PEMUDA KETIGA YANG KALAH

Pemuda ketiga itu adalah gambaran orang yang tewas kerana kesusahan yang menimpa dirinya. Dia melihat orang yang lebih senang daripadanya dan menjadikan apa dilihat itu sebagai lesennya untuk merungut merasa sangat susah. Walhal pemilik kebun itu merupakan seorang yang sangat pengasih dan penyayang. Masakan dia tidak akan mengambil kira kesusahan yang dilalui lalu tiada upah lebih akan diberi.

Sekiranya ramai orang yang senang hidupnya bisa tewas dengan sikap tidak bersyukur, orang yang ditimpa kesusahan pula lazim tewas kerana merungut tentang kesusahannya. Lebih dasyat jika diletakkan Tuhan di kandang tertuduh kerana menjadikan nasibnya susah. Tidak akan mampu terlepas daripada kedua-dua kekalahan besar itu melainkan apabila ia faham tentang fungsinya diciptakan dan faham adanya kehidupan selepas mati.

Perlunya kewujudan alam selepas mati bagi menjustifikasikan keadilan. Seorang pembunuh yang menamatkan ribuan nyawa tidaklah adil sekiranya nyawanya hanya ditamatkan sekali. Keadilan dirasakan tercapai hanya apabila nyawanya ditamatkan beribu kali sesuai dengan kesalahannya. Maka ini hanya dapat dicapai pada hari pembalasan, pada kehidupan selepas mati dan bukan di alam ini.

Atas dasar keadilan dan sifat pemurah Tuhan juga, maka sesiapa yang telah bersusah-susah untuk patuh pada Tuhannya ketika di dunia, Tuhan Maha Pemurah ingin memberi balasan nikmat yang infiniti pada merek a. Nikmat infiniti yang ingin Pencipta alam ini kurniakan mustahil boleh wujud di dalam dimensi ini yang segalanya tidak kekal. Maka sekali lagi, alam selepas kematian perlu untuk itu.

Bicara tentang fungsi.

Pencipta sudah menjelaskan siapa kita dalam firman-Nya yang masyhur tentang tujuan diciptakan manusia. Allah Subhanau wa Ta’ala berfirman:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. [az-Zariyat 51:56]

Jelas manusia hanya hamba. Hamba yang melalui ujian-ujian untuk tunduk, patuh dan berserah diri kepada Penciptanya. Dewan ujiannya adalah di dunia ini ketika manusia itu hidup.‘Passing mark’nya pula adalah kesabaran dan berserah diri kepada Penciptanya. Semua telah ‘dibocorkan’ oleh Allah Subhana wa Ta’ala di dalam firmannya:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [al-Baqarah 2:155-156]

Tubuh badan, keluarga, kesihatan, nyawa, segalanya hanya pinjaman untuk melalui ujian yang akan memberikan ‘markah’ sebagai bekalan berjumpa Pemilik alam ini. Kehilangan ahli keluarga, kesihatan, harta dan sebagainya bukanlah bererti kita kehilangan sesuatu milik kita, tetapi kita cuma kehilangan pinjaman yang diberikan!

Setiap individu mungkin memperoleh pinjaman yang berbeza-beza kuantiti atau kualitinya untuk melalui ujian di dunia. Seperti juga galah yang dipinjamkan dalam cerita tiga pemuda pemetik mangga diatas. Seseorang mungkin diuji dengan kesihatan yang baik untuk melihat sejauh mana ia bersyukur dengan kesihatan itu dan menggunakannya untuk kebaikan sejagat. Ada pula yang mungkin diuji dengan penyakit kronik. Untuk melihat sejauh mana ia akan bersyukur dan bersabar.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [al-Baqarah 2:286]

Mungkin ada perkara yang kelihatan sebagai kelebihan bagi mereka yang sihat tubuh badan. Sedar atau tidak, ada juga ruang ganjaran yang tidak mampu diperolehi oleh orang sihat tetapi orang yang tidak sihat mampu menggapainya.

BAGAIMANA IBADAT SI MISKIN MAMPU SETANDING SI KAYA?

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, katanya:

Orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu mereka bekata: “Orang-orang kaya sudah meraih darjat tinggi serta kenikmatan kekal abadi.” Tanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam: “Kenapa begitu?” Jawab mereka, “Mereka solat seperti kami, berpuasa seperti kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak (mampu) memerdekakan hamba. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sukakah kamu aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat memperoleh pahala orang-orang terdahulu serta mendahului pahala orang yang sesudah kamu? dan tidak ada yang lebih utama daripada kamu melainkan orang yang mengamalkan seperti amalanmu” Mereka menjawab: “Baiklah, wahai Rasulullah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hendaklah kamu bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas solat 33 kali.” Berkata Abu Shalih: Orang-orang miskin dari kaum Muhajirin kembali kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Saudara-saudara kami yang kaya mendengar apa yang kami lakukan, maka mereka melakukan hal yang serupa.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya” [Sahih Muslim – no: 595]

Dalam menghuraikan maksud dan faedah-faedah hadis di atas, ulamak memberikan pelbagai interpretasi. Antara interpretasinya adalah bahawa sebenarnya setiap pihak di dalam hadis tersebut mempunyai kelebihan. Yang kaya dengan kelebihan amalan yang disebutkan di atas, ibadah bersifat harta dan tentu sekali disertakan dengan ujian kesyukuran. Yang miskin pula dengan kelebihan menjadi sebab terdedahnya amalan penuh berkat tersebut kerana mereka bertanya. Bukankah bagi mereka yang memulakan kebaikan, dia memperoleh pahala amalan tersebut dan pahala orang yang mencontohinya? Seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. [Sahih Muslim – no: 1017]

Dan tentu sekali kemiskinan mereka itu disertai dengan ujian kesabaran terhadap kesukaran hidup. Kedua kelompok mempunyai kelebihan dan ujian mereka tersendiri.

Begitulah Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa adil. Setiap manusia tidak kira apapun keadaan mereka sentiasa ada ruang untuk mencapai redha-Nya dan memperoleh ganjaran terbaik buat akhirat.

Kita bukanlah dizalimi sekiranya dihinggapi penyakit kronik, miskin, kurang upaya dan sebagainya. Tetapi sebenarnya diuji. Dan dalam ujian berat itu ada ruang yang boleh kita gunakan untuk menggapai redha Tuhan. Yang mungkin ruang tersebut tak mampu ditemui orang yang tidak ditimpa masalah seperti kita.

PEKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

perkara-perkara yang membuat Kita hilang ingatan Dan tumpul minda

  1. Kurangkan makan bawang besar
  2. Kurangkan makan berempah
  3. Kurangkan makan ketumbar kering
  4. Kurangkan menonton hiburan
  5. Kurangkan membaca majalah hiburan
  6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus Dan lain2)
  8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  9. Jangan makan kepala ikan
  10. Jangan minum air yang Ada semut
  11. Jangan tidur selepas subuh
  12. Jangan tidur selepas asar
  13. Jangan tidur selepas makan
  14. Jangan makan terlalu kenyang
  15. Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam
  16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  18. Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan
  19. Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
  20. Perkara-perkara yang perlu diamalkan
  21. Selalu makan buah manisan seperti kurma Dan lain2
  22. Selalu makan makanan yang panas2
  23. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam Dan lain2
  24. Selalu minum air masak
  25. Selalu makan ulam2
  26. Selalu mengamalkan pandangan hijau
  27. Selalu bersenam
  28. Selalu menggunakan imajenasi otak
  29. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  30. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana Disitulah terdapat banyak ion2 negetif Dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana Hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk Kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  31. Jangan ego
  32. Jangan dengki pada orang lain
  33. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  34. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  35. Jangan makan makanan yang Ada pewarna
  36. Jangan makan makanan yang Ada pengawet
  37. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  38. Jangan mandi selepas 9.00malam

……Dan yang paling penting dibawah ini……...

Selamat beramal…..

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.
  • Jangan makan Dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana IA membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
  • Makruh Dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut Kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh Dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati Kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa Dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur Dan memurahkan rezeki Kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana IA adalah ciri-ciri munafik Dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama Dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Isnin, 26 Oktober 2009

REDMUMMY.COM

Hari nie 26.oct.09 complete aku khatam kan blog kak red setelah setiap arie aku baca sejak bulan jun ke julai aku dh lupa tp yg dot com la..yg blogspot belum lg..bg aku tarik nafas dulu baru aku bole mula bc yg blogspot lak..aku nak imbas sikit la mcm mana aku bole tjebak dgn redmummy.com nie sekaligus bukak blohspot aku sndiri..

first aku tau psal wbsite k.red nie kat beautiful nara..blog tue da mentioned psal k.red..mula2 aku uat tak tau jer tp bila dia ckp wanita melayu pertama top 5 aku rasa mesti da yg menarik dlm blog dier smpai jd top 5..so aku pun g la mengintai blog nya..time tu cite yg letak di atas sekali gmbar k red pakai jubah putih tak silap aku tajuk nya 'in white' kot..ntah aku dh lupa..tp aku ingat gmbar k red ms tu..aku rasa entry tue dia uat avertorial berkenaan dgn iklan Darlie kot..aku tak sure sgt..masa aku baca tue aku rasa cm tak da la menarik sgt..maklum la bab2 iklan nie aku kureng sikit..tp bila aku bc beautiful nara lg and blog tu bg tau klu dh duk kt blog redmummy nie mesti melekat punya aku pn try la baca lg..aku kuatkan smngat wei nak baca sbb nak tau napa depa duk kata menarik dan napa blog tu dpt top 5..aku tak kan judge seseorg tue dr cakap2 org sbb lain org lain pndapatnya kan sbb tu aku bersungguh g lawat and baca..

mula2 tue aku rasa cm biasa2 jer tak da yg menarik pun tambah lg aku belum paham lg selok belok blog k.red tu,pening gk la mula2 nak baca but aku gigih gk try cari cite yg lepas2..and aku terbaca cite psal k.red dpt sponsor g jakarta by MAS..aku nie dlm travel agency line so maklumat berknaan pelancongan nie mmg aku akan baca..so bila aku baca aku jatuh cinta dgn cara kak red create the story..seriously sgt menarik,mudah di fahami and byak info yg aku dpt..seolah aku berada di sana..malah entry kak red buat sgt tulus..klu best dia ckp best klu tak selamba jer dia taram..so aku confident dgn apa yg dia promote or tulis kan..

klu nk tau aku nie suka membaca tak kisah la cite aper pn tp bergantung pd cara penulisan gk..klu beli novel pn aku beli penulis yg biasa aku baca dulu baru aku cari penulis baru tue pn aku kena baca isi dulu sbb aku tak kan bc klu olahan cite tak menepati cite rasa aku..biasanya aku g kt midvalley utk beli buku baru sbb kt sana bole duk baca buku tue sampai abis pn bole tak da org nak larang..bebalik pd k red sejak dr entry psal jakarta tu setiap arie aku akn msuk utk baca entry yg lepas2..aku rasa keja aku pn tgangu sbb nie...huhuhuhuhu..nsib baik la aku nie jenis uat keja cepat so abis je keja..ngadap blog k red balik..rasa2 dh penat baca blog k.red aku uat la keja yg da balik..

aku mula rasa nak da blog nie pun sbb dpt semangat dr k.red walaupun dia tak tau tp hakikatnya dr dia la..selama nie aku tak tau blog nie bole uat duit..serius mmg tak tau tp dr k red la aku kenal dunia blog nie..and niat aku buka blog ni pn bkn nak duit pn just nak luahkan perasaan or kongsi2 cite dgn sesapa yg sudi jer..mmg aku suka membaca tp aku tak reti sgt menulis..k.red adalah sumber inspirasi aku..bukan nak tiru cara dia menulis tp aku nak cuba blaja cara olahan yg di buat oleh k.red bg sesebuah entry..kak red kena buka bengkel penulisan blog la k.red mesti ramai yg berminat..

aku admired sgt cara k.red menulis..if aku, aku akan tulis sesimple yg bole tp k.red dia akan tulis sedetails yg mgkin siap da contoh lg..very the comited..tp aku tau bkn senang k.red nak jd cm skrg nie..and utk berjaya dlm apa bidang pn bkn la senang..tp klu minat,bersungguh dan memberi komitmend yg tinggi pasti bole berjaya..aku rasa 3 elemen tue yg da dlm diri kak red sehingga dia berjaya..

aku tak nak menjadi seperti dia tapi aku nak jadi mcm dia versi aku sendiri..aku arap dia kan terus berjaya dlm arena blog..aku tumpang gembira tgok bangsa aku sendiri bole berjaya seperti bangsa lain dlm arena blog nie..aku gk tumpang bangga sebab dia seorang wanita..

entry nie bukan utk mengampu tp sekadar meluahkan pe yg aku rasa and utk memaklumkan pd kwn2 or sedara mara aku mcm mana aku bole terjebak dlm arena blog nie..

Isnin, 19 Oktober 2009

On3 dRoP p3RFuMe..

aku rasa skrg nie dh ramai org yg jual one drop perfume nie..malah ia mudah di dapati di kedai2..setahu aku la harga utk sekotak nie RM40 tp utk 1 botol dlm RM6/7..aku paling suka dgn kotak warna hijau tue..bau2 yg terdpat dlm tue semua wangi2 and puas ati la klu beli..ramai gak la sedara mara aku yg suka dgn bau dlm kotak hijau tue..
kotak yg warna hitam dn purple tue utk lelaki..tp sesuai gk klu pomp nak pakai sebab bau nya tak keras sgt..

one drop perfume nie kelebihan nya selain dr wangi ia gak tahan lama la..aku dh try pakai dh bila aku pakai pg,mlm pun bau nya still da lg..selain tue one drop ni bila kita calit kt tanggan or leher baunya cuma hanya terdapat kat kita mean klu org lain calit kt tanggan mereka baunya dh lain walaupun utk botol yg sama sbb DNA kita kan lain2 so bila minyak wangi one drop dh campur dgn DNA kita bau tue hanya khas da pd kita la..

aku tgok pakai one drop nie dh jadi trend dh kat sini..mgkin sebab mudah di bawa sbb size nya kecik selain baunya boleh tahan lama..and harganya pun berpatutan..

P@p@Dom..

papadom..papadom..papadom.. klu dengar pada nama mcm tak glamor..first aku dengar nama filem nie aku rasa cm ish best ke cite nie nama pn papadom je..sebab nama sesuatu filem tue memainkan peranan yg penting jugak (bg aku la) aku nie nak tgok wayang kena tgok pd nama gak sbb aku nak tgok wayang yg ringan kepala otak aku jer..citer yg uat aku tak pening2 pkirkan maksud tersurat or tersiratnya..memandangkan papadom menang filem terbaik so aku da rasa cm nk g tgok la..tue pun abis aku survey dgn semua org yg dh tgok cite nie..kebanyakkan kata best tp bg aku bila best ni mean so,so je la...

tp bila aku g tgok sndiri cite tue...mmg best gila la..sampai 2 kali aku g..siap blanja sepupu2 aku g tgok cite tue..aku salute gila la dgn AFLIN SHAUQI..pandai dia main dgn emosi penonton..lawak yg dia garapkan very the spontan bukan lawak bodoh,splastik or plastik..selain dr klakar ia juga memainkan dgn emosi sedih penonton..aku tgok 2 kali,2 kali gk la aku touching but tak nangis la ya sbb aku susah nak nangis depan org nie..

sapa2 yg belum g tgok cite nie better g tgok cepat sbb anda tak kan menyesal la bila dh tgok cite nie..no wonder la cite nie bole menang filem terbaik sbb mmg terbaik pn yg pernah aku saksikan la (nie bg aku la)..lain org lain cite rasanya..bg aku,aku mmg suka cite cmni..yg tak memberatkan kepala tp still bole uat org berpkir..

emm gambar tak da lk nak letak..very the malas nak tangkap..aku nak hired MR SIRMAN KAK RED la..boleh kak red??huhuhuhu SIRMAN sy belum da la kak red...

KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS?

Nie pomp ke laki yg kuat nangis nie??confius aku la..huhuhu

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Rabu, 14 Oktober 2009

8 Sikap Wanita Yg Di Sukai Lelaki..


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…



Nasihat Untuk Kaum Hawa

nie gambar kelas adik aku saja jer aku interframekan kat sini..mati aku klu dia tau
  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

Fr!eNdS??



Apa sebenarnya yang di maksudkan dgn F.R.I.E.N.D.S or K.A.W.A.N??adakah setiap persahabatan memerlukan pergorbanan??aku tak paham la kenapa ada kawan yg sanggup pergunakan kawan baik nya sendiri dan ada jugak kawan yg rela dirinya di pergunakan oleh kawan baiknya.aper definasi kawan bagi mereka??kadang untuk menjaga ati kawan kita, kita perlu menipu betul ke? so di mana nilai persahabatan kita itu if kawan sendiri sanggup kita tipu..

bermacam jenis kawan kita boleh jumpa tp utk bertemu dgn seseorang yg sekepala,sejiwa,jujur dlm persahabatan dan sanggup susah & senang tidak semudah mengasingkan semut dlm gula..seandainya kita dh berjumpa org yg betul2 serasi dgn kita perlu la kita menjaga hubungan tersebut supaya kekal..

dlm seseubuah persahabatan pergaduhan dan pertelingkahan itu pasti ada dan kita kena bijak utk menjernihkan keadaan.. da satu kisah yg aku alami dgn sahabat aku dulu..ada satu ketika kami bergaduh yg agak lama d sebabkan salah faham..berbulan gak la kami tidak bertegur sapa and btanya khabar each other hingga la satu ketika aku mimpikan diri nya..aku bermimpi,aku g umah dia tp just tgok dia dr jauh jer and dia nampak aku tp tak berani nak tegur..aku terjaga dr tido and asik duk teringat kt dia jer..2,3 arie lepas tue dia dtg umah aku..rupanya dia pun mimpikan aku gak 2 arie sebelum tue..dia mimpi aku sakit..d sebabkan mimpi itu kami berbaik..mgkn d sebabkan perasaan kami kuat so kami mimpikan antara satu sama lain..

ada jugak kawan yg akan tikam kita dr belakang..selama nie kita sangka dia la kawan terbaik kita dan kita percayakan dia sepenuh ati tp akhirnya dia tikam kita dr belakang..kawan2 mcm nie tak kan mempunyai kawan sejati sampai bila2 malah hidup dia tak kan merasa tenang dan bahgia..

oleh itu berhati2 la dlm berkawan..utk mendapat kawan yg baik kita perlu menjadi seorang kawan yg baik dahulu..saling hormat menghormati perlu dlm sesebuah persahabatan




Selasa, 13 Oktober 2009

@pa YanG L3LaKi SuKa dAn tAk SuKa??

Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:

  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

aLL aBout Love..

1) Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya

2) Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
3) Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

4) Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
5) Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

6) Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya

7) Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka,bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

8) Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu, jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.

9) Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita karena adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain

10) Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata.

11) Hanya diperlukan waktu semenit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

12) Hidup tanpa cinta sepeeti makanan tanpa garam. Oleh karena itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar waktu dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagalah ia seperti kau menjaga dirimu. Sesungguhnya cinta itu karunia Tuhan Yang Maha Esa.

13) Janganlah kau tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, karena pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkan kau berfikir kebesaranNya itu ?

14) Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

15) Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

16) Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

17) Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

P@kU d! tEmBoK!!

da seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.”Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah,walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.











Isnin, 12 Oktober 2009

MENGAPA KITA MENGHADAPI MASALAH?

huhu..muka bermasalah

saya amat tertarik bila membaca ulasan yg di buat oleh DR Rozieta Shaari dlm mingguan wanita bil 1341..dibawah adalah di antara ulasan beliau

‘Mengapa kita menghadapi masalah?’ adakah itu semua adalah masalah atau sebenarnya adakah itu satu anugerah?

Mengapa hidup ini perlu melalui ranjau, mengapa tidak hidup ini senang dan tiada cabaran maha hebat?walau apa pun keadaannya kita hendaklah memahami bahawa Allah maha adil.

Dia tidak akan membebankan kita dgn beban yg di luar kemampuan kita. Allah yg Maha Mengetahui dan Dia tahu di mana dan bagaimana pentarbiahan hati yg perlu diberi kpd kita agak akn berlakunya pertumbuhan spiritual pd diri kita. Pertumbuhan Spiritual inilah yg akan merapatkan kita dgn Allah.

Apabila hati kita dilapah, maka berderailah ego yg menyekat kita daripada mengenali siapa kita sebenarnya dan apa tujuan kita datang ke dunia ini. Kesakitan dan musibah berupaya memberi kita kesedaran untuk menjadi insan yg rendah diri tawaduk.

Timbulnya tawaduk di dlm hati yg datang daripada perasaan insaf dan sedar. Seseorg itu terpaksa pasrah kpd apa yg datang. Tanggan yg selama ini tidak menadah ke langit, mengharap pertolongan Allah, akhirnya tidak henti-henti menadah, mengharapkan bantuan.

Keinsafan dan kesedaran bahawa hidup ini sebenarnya ada yg lebih berkuasa daripada satu sangkaan bahawa diri sendirilah punca segala kejayaan. Keinsafan ini perlu utk menjadikan hati itu bersedia menerima rahmat Allah yg lebih besar.

Pernahkah wujud seseorg hamba Allah yg tidak pernah dirundung masalah? Dari Nabi Adam A.S hingga skrg, setiap manusia yg wujud di muka bumi ini memangnya akan melalui masalah.

Cuma kadar dan jenisnya sahaja yg berbeza. Namun apa yg saya boleh jamin ialah semua org mesti melalui masalah sehinggalah nafas terakhir. Kemudian kita hadapi masalah lain pula. Namun kali ini kita tiada pilihan.

Ada juga manusia yg apabila ditimpa kesakitan dan musibah, mereka menjadi lebih keras hati dan angkuh terhadap Allah. Mereka menyalahkan Tuhan dan mengecapNya sbg zalim. tentunya Dia tidak akan membantu mereka.

Namun apa yg boleh sy katakan disini ialah Allah amat mengasihi hanba-Nya dan ini terbukti krn apabila kita jauh drpaNya disebabkan kealpaan, maka Allah akan menepuk bahu kita dan memberi kpd kita sedikit peringatan.

Bila peringatan itu tidak diendahkan, maka is akan menepuk sekali lagi. kali ini lebih kuat lg. agar kita akan tersedar. Namun, jika tepukan itu pun masih tidak kita sedari maka Allah akan mendatangkan sesuatu yg lebih hebat akan kali ini kita akan tersentak dan terbangun drpd mimpi hidup yg melalaikan.

Tatkala pekara ini berlaku, maka kita akan mencari sesuatu yg pasti yg boleh menolong kita. Di kala itu kita dapat merasakan tiada lain yg dpt membantu kita melainkan Pencipta kita. Kita menadah tangan dan pasrah memohon utk dikeluarkan drpd kecelakaan yg menimpa kita.

Apabila seorg itu ditimpa musibah, dia akan berasa tidak percaya. Dia akan menolak kebenaran pekara itu terjadi kepadanya. namun setelah beberapa ‘ketika’ dia mula berasa sedih,marah,geram,benci malah pelbagai perasaan. Bagi sesetangah org ‘ketika’ itu hanyalah beberapa saat namun ada juga yg beberapa tahun.

Semasa pelbagai perasaan itu di rasai, seseorg akan bersedih. Di kala ini keinsafan akan timbul. Apabila keinsafan itu timbul maka ‘healing’ akan berlaku. Jiwa akan menjadi lembut dan jatuhlah bintik2 hitam yg telah tumbuh di hati akibat dosa dan keangkuhan.

Face Your FEAR!!

Ada satu situasi yang ramai orang akan merasakan menghadapi situasi itu adalah amat mengerikan, atau mungkin juga memalukan sehingga membuatkan kita merasa takut untuk face it. Situasi itu adalah apabila,

Kita masih single, tidak berjaya dan bertembung dengan bekas kekasih yang bahagia bersama pasangannya dan berjaya di dalam hidupnya pula!

Huuu…ngeri jugak kan :) or lebih kepada segan? Atau malu? Merasa rendah diri? Atau mungkin juga tidak selesa? Well, Im not going to tell how to deal with this, kerana I pun have the same feelings jugak before. BUT, apa yang I boleh kongsi with all of you adalah…apa yang I buat!

I face the fear! I face it!…malu or not, I dont care! I go ahead and meet them. I hadapi dengan senyuman walau ianya amat berat untuk ditanggung!! 8)For example : Last month, So happen terserempak with my ex and her new hubby. I just go and meet up with my ex girlfriend yang ternyata happy dengan husband dia, and tengah pregnant pulak tu. Yesss…I pergi approach them, kenalkan diri and I siap gosok-gosok lagi perut my ex yang dah memboyot tu hahaha, tergamam suami dia. Then I siap bercakap lagi kat perut dia, “Baby, nanti be good to your mom okay” :)

There you go! That’s me… I bukan jenis merintih sedih, lara, kecewa, berduka…just because bekas kekasih I happy. NOPE…I join their happiness lagi ada. Because, I believes, one fine day, setiap orang akan ada hari dia, hari kejayaan dia, hari yang pasti memberi sepenuh kebahagiaan kepadanya!
Take it this way, setiap kebahagiaan tidak semestinya kekal. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Perkahwinan boleh hancur dalam sekelip mata. Anak-anak bekas kekasih kita yang masih kecil itu contohnya, adakah dia akan tahu anak-anak mereka akan berjaya atau tidak? Mungkin, berjaya, tetapi mungkin terlibat dengan berbagai gejala yang tidak sihat? Mungkin juga akan gagal berkali-kali dalam cinta?

Yang penting,

“semasa kita bahagia ni kita jangan sombong dengan orang dan jangan suka menghina atau merendah-rendahkan kegagalan orang. Sebab kita tidak tahu bila pula masa kita akan jatuh…mungkin masa kita akan sampai untuk menempuh kegagalan.”

That’s why, semalam… I terserempak with my another ex girfriend, dan I tahu dia baru sahaja bercerai. Bila dia nampak I, dia cuba nak lari…hehe, I tarik dia…and ask her to be relax. Dia menggeletar dan menutup muka… Adoi :) hehe…relax, I takkan nak menghina dia, atau menjatuhkan martabatnya hanya kerana dia telah kecewakan I dulu then kahwin dengan orang lain and now divorced…dah lah tu, kena pukul lagi, siap naik mahkamah. Tu lah nasib dia…

BUT me…nope, I will not be happy dengan balasan yang dia dapat. Walau I sangat frust dulu-dulu, sangat marah dan geram tapi she used to be someone that I really love. She cares for me…cuma, to her at that time, ada lelaki yang lebih baik dari I, so okay. I understand. Tapi untuk berdendam, untuk berkata, “Nahhh, padan muka kau, dulu kau tinggalkan aku, kecewakan aku, sekarang suami kau pulak tinggalkan kau!”

NO! NO! …I pulak yang rasa sedih untuknya tau. Sedih kerana dia tidak menemui kebahagiaan yang dicarinya. Malah begitu malu sekali apabila bertemu dengan I, merah matanya bila I cakap, “It’s okay, I forgive you.” …orang yang pernah kita sayang, mestilah kita mahu dia bahagia, kan?! Takkan hanya kerana dia kecewakan kita maka kita benci dia sepanjang hidup? Dimana sayang kita dulu?

So, what I’m trying to say is…hadapinya dengan senyuman, hadapi kekalahan anda, hadapi kegagalan anda…dan face your fear! Kemudian anda akan mengatasinya sendiri dengan mudah.

  • Dan sesungguhnya, dari pengalaman I sendiri selama ini, “Jika kita merasa bahagia untuk orang lain, pastinya kebahagiaan juga mahu kita merasakannya!”
  • Begitulah juga jika kita asyik marah, geram dan berdendam serta mengharap dia merasa kecewa seperti kita, maka… “diri kita juga akan terus menjadi pemarah, gagal dan gagal lagi. Malah kekecewaan jugalah yang akan mendekati kita….” ;)
Razzi Rahman @ Brother Love (www.razzirahman.com)