Sabtu, 9 April 2011

oN tHE wAy ke Labuan

em last year dlm bulan 9 cmtue kot aku ader gie labuan...beberapa hari sebelum puasa...huhuhuhu gilo lame citer nie... actually aku da family angkat kat sana..abh and mama berserta 3 org anak mereka duduk di sana setelah abah di naik kan pangkat..so aku gie nie ngn adik aku and 3 lg anak dorang yg menetap di KL..dorang nie ader 6 beradik..3 org dh keja 3 lg masih bersekolah..yg sekolah semua ikut abh n mama yg lain duk KL.. kami tak pernah gie lanuan so dorang dh da sana per lg mari bercuti-cuti Malaysia ke Labuan.. maka bersiap la kami seawal 4 pagi...aku tido umah dorang kat Selayang jer sbb dorang dh booking bus dr Kl sentral ke LCCT..so berangkat la kami sebelum subuh..huhuhuhuh

di dalam bas on the way ke LCCT...


muka excited nak berjalan...


wani dgn kak sya


ramai gila org time tue...beratur pun berjam-jam


yeah...yeah flight dh sampai


nie sapa yg over excited nie??


budak senggal

akhir tiba gak aku kat LABUAN...masa nie aku dh 2 minggu mengalami batuk yg kronik...so aku punya percutian kurang menarik sebab tak sihat...



Khamis, 10 Mac 2011

Kota Bharu

hahahahah nie pun entry sudah berkurun...nie kejadian ketika gie kota bharu sempena majlis perkahwinan adik aku tue...aku gie naik flight dgn adik aku yg bongsu..family lain gie naik train...bukan aku demand tp tak larat ooo duk dlm bas 8 jam.. dh la masa tu aku tak cukup rehat...iyer la time tu aku uat 2 keja pg aku keja kat tmpt lain ptg lak tmpt lain...bayangkan betapa penatnya aku...walaupun naik bas tue duduk jer tp still penat per...baik aku gie naik flight 45 min dh smpai pastu rehat sepuas-puasnya...


budak excited nak naik flight..maklum la last dia naik flight masa umo 7 tahun...skrg dh 16 thn umo dia...kat 10 thn gk la tak naik..dulu pn naik MAS nie 1st time naik air asia..

AK5230...aku naik flight pg...kul baper udah lupa...paling excited adik aku...semua nak lekas2 jer...tak sabar nak duk dlm flight gamaknya...



klakar ooo adik aku tue...ader ke patut dia ingt kapal terbang bila nak turun..turun secara menjunam...huhhuhuhuhuhuhuh...padahal flight kan turun perlahan-lahan...aku sepanjang dlm flight membuta jer la keja nya...smpai kota bharu adik aku ambik bawak pusing2 dulu baru gie homestay...


mAjLis PeRkAhwInAn aDik AkU

lama dah aku simpan entry nie tp aku post kan jer la erk sbg kenangan..majlis nie berlangsung tahun lepas bulan 5..huhuhu kat setahun baru reti nak post kan...hahah nasib la..

di antara barang hantaran utk pihak lelaki
majlis nie berlangsung di kelantan..adik aku tak nak uat lak kat sini mgkin pikir kos kot..

sewaktu di akad nikah kan..


huhuhuhu pengantin payung kan diri sndiri...










Khamis, 30 September 2010

mOoD nAk uPdate!!

lama batul aku tak updatekan...sgt lama..mood malas tue menjadi-jadi lak..mcm2 perasaan aku rasa skrg nie sehingga niat utk post entry tak da..tp aku selalu gak baca blog2 org lain tp tak tgal komen pun sebab niat nak menulis or menaip tue tak da...tgok la kang klu aku rajin aku post kan entry yg dah berbulan teperap dlm draf nie...


Rabu, 4 Ogos 2010

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

Selasa, 3 Ogos 2010

Wanita Dicintai IBLIS!

Wanita Yang Derhaka Kepada Allah

Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.

1. Tidak Mengenal Allah

Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.

2. Cinta dunia, takut mati

Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.

3. Hati yang Kotor

Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.

Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.

4. Melakukan Dosa

Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.

5. Tidak Mahu Berdoa

Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.


http://www.rediesh.com/

Selasa, 6 Julai 2010

pErKahwiNan 3 beradik siri 5

nielast entry pasal wedding nie lepas tue aku kena uat entry adik aku kawin lak... huhuhuhuh..asik entry kawin jer kan..dah tue tak kan aku tak uat entry pasal dia kan..kater nya adik...so layan kan la gambar2 nie....ader byak benda aku nak blog kan tp ntah la..semangat berblogging nie dah hilang lak... :(
acara memotong kek


suka gambar nie...nampak so sweet








maka tamat lah sudah entry berkenaan perkahwinan 3 beradik nie...huh!!! berpeluh aku update pasal citer nie..nanti kan majlis perkahwinan seterusnya yg ntah bila akan aku uat..gambar pun tak da lg dlm tangan...emmm aku doa kan semoga mereka bahgia hingga ke hujung nyawa..aminn